Tags

korang percaya tak orang tua bilang bila mata kiri terkelip-kelip belah kiri, itu tanda kita akan menangis…?

aku cuba sedaya upaya untuk tidak percaya dengan benda macam ni sebab takut jatuh sebagai kurafat yang boleh buat iman kita tergelincir. (nauzubillah)

tapi masalahnya… bila mata dok berkelip tak henti-henti… dua tiga minggu lepas tu mesti ada benda tak elok jadi dan bila dikhabarkan tentang musibah itu, otomatik mata berhenti berkelip.

dah banyak kali terjadi pada aku dan semuanya macam mengesahkan apa yang orang tua2 cakap tu ada kebenarannya.

adakah kerana aku percaya atau berlaku secara kebetulan?